Ladang kelapa sawit yang lengang (berhadapan dengan taman arnab) menimbulkan rasa ketakutan dan curiga..ditambah pula dengan bunyi unggas dan sayup-sayup bunyi hilai tawa yang mengerikan...Sesudah parking, persiapan dilakukan..Lingkungan jam 4.15 pagi waktu broga pendakian bermula...laluan hutan berbukit yang sangat mencabar..denai-denai ditempuh dengan langkah kepewiraan..dikiri kanan hanya semak samun, curam dan hutan belentara, kadang kala terdengar pekikan ngauman sang belang (saja buat gimik bagi feel hutan cikit)..masih terngiang-ngiang lagi diingatan salah seorang sahabat,apabila ada member nya disondol dek babi hutan sewaktu melalui kawasan-kawasan seperti itu suatu ketika dahulu...pendakian sungguh mencabar dengan bentuk muka bumi yang pelbagai,ada beralun,ada landai dan ada curam tahap gaban...lebih kurang 25 minit bermandi keringat,akhir nya kumpulan itu tiba di puncak rata yang pertama..ngantok,penat,dahaga menyelubungi diri...pemandangan sungguh menakjubkan dari tempat itu...ia menunjukkan kebesaran Maha Pencipta yang sangat agong...mereka berehat disitu agak lama,sebelum memulakan perjalanan ke puncak rata yang kedua...Dari atas itu kedengaran sayup-sayup laungan azan dari setiap kawasan berdekatan....Mereka meneruskan perjalanan sebelum menunaikan fardhu Subuh...Kepuasan amat dirasai setelah berpenat lelah sampai ke puncak...Bukan mereka sahaja..ramai kumpulan lain berjaya tiba...dengan lensa kamera masing-masing,mereka merakam kan keindahan fajar pagi.....
mereka berehat lama di puncak rata pertama
Keadaan persekitaraan masih gelap...
di puncak
No comments:
Post a Comment